Thursday, December 23, 2010

"_!

kadang-kadang, kita nak orang ikut cakap kita,
kadang- kadang kita nak orang faham kita,
kadang-kadang kita nak orang bagi perhatian pada kita,
kadang-kadang kita nak orang sayang kita,
kadang-kadang kita nak orang suka kita,

tapi..

layakkah kita untuk semua tu?


Saturday, December 18, 2010

hmm..

lama dah aku tak tulis dalam ni.. banyak benda dah jadi sepanjang awal tahun baru hijrah sampai sekarang.. macam ada benda yang bergolak lak dalam hidup aku sekarang.. semua tak balance.. semua aku wat akan jadi berat sebelah..

mula-mula sekali syukur aku dah selamat bertunang.. gadis yang aku harap akan saling memenuhi semua kekosongan, yang membetulkan semua kesalahan.. aku harap sangat semua akan bejalan lancar dan kami akan mendirikan rumah tangga bersama.. amin...ade juga insiden yang mengkelam kabutkan semasa hari bertunag tu.. tapi syukur semua selesai & berjalan dengan baik.. tahun depan aku kena kerja keras sikit untuk kumpul duit sebanyak mungkin untuk melangsungkan majlis perkahwinan aku.. harap TUHAN permudahkan segala urusan aku.. amin...


sekarang benda yang paling mnyerabutkan aku  ialah study aku.. dengan perasaan hampanya aku bersama 34 org teman sekelas yang lain telah dihadiahkan dengan taraf D1 @ dismiss 1 yang membawa makna pengajian kami telah ditamatkan & sebarang rayuan tidakakan dilayan.. tapi kami dengan rasa hina nya merayu untuk menyambung pengajian dengan harapan dapat la.. jumpa orang ni, call orang tu tapi jawapan semua dapat lain.. aku pun macam dah malas nak sambung dah.. tapi sebab fikir masa depan aku tetapkan juga hati ni nak sambung tak kira la apa course pun..  harap dengan bantuan kawan-kawan yang lain dapat la kita sambung lagi study sama-sama.. tq cik awak banyak sangat membantu kami semua..bila emosi tak berapa nak betul, mental tak boleh berfikir dengan waras.. semu abenda boleh jadi sensetif.. jangan ada silaturahim yang terputus dah la.. semoga persahabatan yang kita semua jalin ni akan kekal walaupun kita bukan sekelas & sefalkuti lagi..


tanggal 3 januari 2011, akan bermula la hidup aku dengan tempat kerja yang baru.. jawatan baru, style pakaian baru, cara kerja baru, kawan-kawan baru, meja baru, PC baru dan semua baru.. aku pun tak tau apa patut aku rasa.. susuah hati pun ada, happy pun ada,...  susah hati sebab nak kena start cari kawan baru semula.. start kena belajar wat benda-benda baru semula & susah hati sebab takut tak dapat sesuaikan diri kat tempat baru dengan suasana yang baru.. UPM, ready or not here i come.. cik, nampak gayanya saya akan selalu mnyusahkan awak .. minta maaf cik ebelum bermula kisah menyusahkan hidup awak.. jadi tahun depan akan bermula la kisah seorang juruteknik ke TA.. dengan harapan aku dapat buat kerja sehebat @ lebih hebat dari  orang yang sebelum-sebelumnya.. amin...

mata dah berat.. sambung tido semula.. hari ni jer aku dah wat 2orang sedih.. hmmm.. aku xmaksud pun sebegitu... maafkan aku...



Sunday, December 5, 2010

interview,kerja baru & konflik baru...

salam.. lama dah aku tak merepek dlm ni.. dengan penuh rasa bersyukur, pada 30 nov lepas aku dah dapat kerja yang aku idam kan sejak sekian lama.. akhirnya Tuhan murahkan rezeki aku  & aku dapat kerja baru.. kerja KERAJAAN...jadi, start 1jan 2011, aku akan memegang jawatan TA di UPM..syukur... terlepas juga aku dari kerja yang aku rasa salah selama ini.. lepas ni xde lagi OT tipu, senang banyak & sebagainya.. lepas ni harapnya aku dapat rezeki yang lebih berkat.. aku dah rasa gaji besar tapi kejap je habis.. lepas ni aku harap gaji aku lebih berkat untuk aku.. biar sikit janji keberkatan tu banyak.. pakai banyak tapi tak habis- habis.. kan bagus macamtu.. amin...

ade cerita pelik untuk interview kerja kali ni.. aku datang dengan pakaian yang agak selekeh.. aku akui.. hehehehe.. bangun pagi-pagi tu baru aku gosok baju.. memang kelam kabut.. mula-mula ingat nak pakai lengan panjang tapi sebab rasa tak selesa,aku pakai baju lengan pendek.. sebebnarnya baju tu agak sendat dengan aku.. jadi leher xboleh butang.. pakai pulak tei kale biru cair.jadi tei tu tergantung sikit.. seluar coklat lusuh & kasut hitam pvc yang dah koyak pun.. tali pinggang pun xmuat .. (tali pinggag tu panjang bukan aku yang gemuk.. sampai aku terpaksa potong pangkal tali pinggang tu untuk bagi muat nak letak lubang dia..) dalam keadaan kalut dengan handle pintu kereta  patah, aku gerak pergi upm..(handle pintu kereta bahagian pemandu patah. member rumah pinjam malam sebelumnya tu.ntah macamna guna boleh patah pulak.. jahanam kereta aku.. dah dengan bau rokok .. tobat la aku nak bagi pinjam lagi..)

sampai kat sana aku terus jumpa cik, dan dia tunjuk tempat interview.. nasib cik ade.. kalo tak memang lewat la aku sampai.. sampai-sampai je kat sana dah ade dua orang yang dah sampai.. aku tengok list nama yang ade,10 orang yang diinterview termasuk aku.. berdebar gak la.. sedang tahan mngantuk tunggu interview start, ade la sorang mamat ni yang nak interview gak datang bersama mak dia yang juga staff upm.. terus aku cakap dalam hati 'hampeh, bawa cable besar punya.. xde harapan la aku ni..'  dah la datang lambat tapi dia orang 1st yang diinterview.. aku dah tak mengharap apa-apa dah..hangin gak 1badan..

masa interview aku sembang je apa yang terlintas dlam kepala aku.. ntah apa aku merepek pun aku tak tau.. rasanya kalo orang dengar masti ingat aku ni gila.. apa diorang tanya aku jawab.. paling best time dia tanya kenapa aku nak sangat kerja ni.. aku pun sembang la,' saya belajar disekolah kerajaan, dapat biasiswa kerajaan, belajar di IPT kerajaan.. jadi dengan bekerja di sektor kerajaan saya dapat berkhidmat untuk kerajaan.. walaupun kerja di sektor swasta gaji nya lebih, tapi saya nak berkhidmat untuk bangsa & negara saya..'  best tak ayat aku? sangat bersemangat patriotik.. soalan last sekali dia tanya apa kata-kata terakhir awak untuk kuatkan kelayakan awak.. denagn blur aku jawab ' saya datang sini kerana ALLAH, saya bekerja kerana ALLAH.. jadi terserah la pada encik-encik semua nak tentukan saya layak atau tidak untuk kerja ni.. macam cik cakap tadi, ramai calon yang hebat-hebat, saya yakin dapat atau tidak tu terserah pada ALLAH.. sehebat mana pun saya, kalau ALLAH dah tentukan bukan rezeki saya, tak dapat juga la.. jadi saya berserah jela.. rezekikan ditangan ALLAH..' semua diam.. aku pun terfikir betul ke apa aku cakap ni? hehehehe.. pastu aku keluar..

selang dua jam lepas interview, orang UPM call.. terkejut beruk aku dia cakap aku dapat kerja ni.. memang sangat bersyukur la aku.. tapi tetiba dia cakap jawatan sambilan ya.. kat kepala aku terfikir dah betapa rapuhnya jawatan sambilan ni.. terus aku jadi tak tenteram.. aku call semua orang yang aku kenal yang kerja di sektor kerajaan.. ade yang cakap pergi la ade yang cakap fikir masak-masak.. cik pun cakap fikir masak-masak dulu.. aku goyang gak la.. tapi lepas aku minta pendapat family, aku terima jawatan tu..

dan ade satu lagi sebab aku terima terus kerja tu tanpa fikir lagi.. masa tengah kerja cari bocor kat taman seri andalas, aku terjumpa bilal kat sana.. rumah dia no 46.. nama dia aku tak ingat dah.. aku tanya dia kerja kerajaan ke.. dia cakap ya.. aku pun terus tanya macam seorang anak bertanya pada ayah dia.. (aku anak yatim. kalo aku ada ayah lagi, aku akakn tanya ayah aku dulu..) dia dengan semangatnya galakkan aku pergi.. dia cakap jangan lemah semangat nak, jalan terus.. terima je.. rezeki ko tu nak.. jangan lemah semangat.. dia macam boleh baca apa yang aku fikir.. dia cerita pasal anak-anak dia la, cerita pasal kerja dia la.. aku pun dengarkan je la.. dah lama tak dengar orang berpangkat ayah bagi nasihat.. last sekali amik berkat salam dia cium tangan .. mana la tau satu hari nanti aku pun dapat jadi bilal mcm bilal bin rabah dan pakcik tu.. amin..

lepas jumpa pakcik tu aku pun terus call UPM bagitau aku kena hantar notis 1bulan dan akan masuk kerja tahun depan.. dah confirm semua tu, hti aku sikit tenang.. tapi 1masalah besar timbul pulak..

aku nak duduk mana nanti? kalo duduk shah dekat sejam gak la.. tol RM3.90.. kena cari rumah area dekat dengan tempat kerja gak la.. kelas bukan hari-hari ada.. kena cari jalan macamna nak angkut barang-barang aku yang belambak nih.. pening tol.. dah la rumah pun tak de lagi.. minggu depan dah sangat sibuk.. tak tau la bila aku ada masa nak cari rumah sewa lain pulak.. hahahahahaha..

nak pindah rumah ni rasa berat pula.. kesian kat kawan rumah ni.. kalo aku pindah susah kot diorang.. peti sejuk, periuk nasi, dapur & tong gas, blander semua aku punya.. banyak gak la benda yang diorang kena beli nanti.. nasib korang la.. pandai-pandai la korang nak hidup.. makan je la kat luar kalo malas nak masak.. aku dah xde nak masak untuk korang.. hahahahahha

dah banyak aku merepek ni. dah macam esei lak.. jadi sekarang, aku tinggal nak cari rumah, nak kemas barang untuk pindah, dan pindah rumah.. yang kecil-kecil macam nak cari kemeja , slack & kasut untuk kerja nanti aku fikir la macamana nak selesaikan.. dengan keadaan kewangan yang terhad ni, aku kena pandai urus duit.. minta-minta aku tak seak macam sekarang kat tempat baru nanti.. minta-minta aku xde buat orang sakit hati & benci aku.. semoga semua orang kat tempat baru nanti suka berkawan dengan aku.. amin......


dah la.. panjang sangat dah.. tido jom.. sok malam dah tahun baru.. selamat tahun baru semua.. (kelender islam gi tengok nuh..awal muharam selasa ni..) mari kita sama-sama baca doa tahun baru dan semoga tahun hadapan akan jado tahun yang lebih baik dari tahun ini.. amin... ni ada doa yang kita boleh baca.. baca la sama-sama sempena awal tahun ni ya. semoga kita dapat rahmat dari-NYA..amin..salam semua...







doa awal tahun

Monday, November 22, 2010

wife vs girlfriend


Wife lebih baik dari Girlfriend

Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP)
At home watch TV, go out bring HP.
No money, sell TV. Got money change HP.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated
TV is big, bulky and most of the time old, but handphone is cute, slim,
curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding,
Most Important, TV got remote.. HP don't have..

Last but not least....... .
TV do not have virus, but h/p yes.........
 .have VIRUS....... ........
 once get it, terus KONG.......
. hahahahaha. .....
so better choose TV .....

Friday, November 19, 2010

hari ini..

hari ni hari malas aku... hahahahaha.. niat kat hati nak gi cari leak tapi kemalasan datang melanda.. jadi hari ni aku akn menghabiskan hari aku dengan melepak kat rumah & main game je la.. kalo time kelas, mesti tengah bz study nih.. sem depan aku tak nak wat macam sem lepas.. sem akan datang nih, setiap hari lepas kelas aku nak study sikit & try fahamkan ape yang diajar dalam kelas.. kalo aku biar kan je & tutorial langsung tak buat, alamat terseksala aku macam sem lepas.. study mati- matian  sampai keminit yang terakhir..  sampai budak kfc u pun kutuk.. "org study smart, diorang study hard. hahahahahaa"..


result 10 dec baru keluar.. aku bernazar, kalo aku lulus semua subject, aku nak cukur kepala.. minta- minta nazar aku tercapai.. amin.. dah habis usaha dah kami semua.. tawakal je la sekarang.. 


bulan 1 masuk balik kelas.. ntah berapa orang je la yang tinggal nanti dalam kelas akan datang.. aku harap sangat ramai yang dapat follow jadi sekelas.. kalo tak, kita bawa la haluan masing-masing.. yang penting kita dapat grade.. tu yang penting.. hahahah.. dah nak masuk kelas ni aku baru teringat.. sen aku tak ade pun lagi.. alamat kena tolak kwsp lagi la..  duit2.. 


cakap pasal duit, teringat aku kisah student makcik yang try nak bunuh diri malam tadi.. ish.. alasan, sebab duit, cinta & stress study.. nampak tak betapa lemahnya kita yang sangat mudah di hasut setan yang tunjuk jalan pintas keneraka.. nasi baik tak de apa2 yang berlaku.. memag ajal dia bukan dengan cara macamtu.. selisih malaikat.. minta-minta benda macamtu tak jadi dengan orang yang aku kenal.. amin.. cik, teruskan usaha awk.. semoga awk dilindungi & mendapat pahala atas kebaikan & keikhlasan awak menjaga student2 awak tu..  harapnya tiada kejadian macamtu lagi..


kita study, ikhlas kerana ALLAH.. insyALLAH tak kan ade tekanan.. ni study sebab nak kerja best2, nak berlagak, nak menunjuk, nak naik pangkat, nak bercinta, tu yang jadi tekanan tu..teman- teman, usaha la kamu & bertawakal lah atas usaha yang telah kamu lakukan.. dengan izin Tuhan mu, isyALLAH ada rezeki yang tidak disangka-sangka  diturunkan keatas org yan bertawakal.. mudah-mudahan kita berada dikalngan org yang dirahmati-NYA.. amin..

harry potter

hmmm.. memang tabiat aku suka tengok wayang.. dah jadi hobi utama dah.. tq kat cik yang ajak tengok malam tadi. movie mlm tadi aku tengok harry potter 1st part.. ade member yang dah tengok cakap okey, ade yang cakap hampeh.. malam tadi aku rasa aku nampak ape yang member2 aku maksudkan dengan hampeh & okey.. yang okey, diorg banyak gelak & ade yang jerit terperanjat. yang hampeh sebab ae yang tido.. siap dengkur g lak tu.. tengok time midnight kot.. tu ade yang tido..tu yang bila dia comment dia ckp hampeh.. padahal dia yang tido. hahahahaaha. nasib aku dengan cik xtido. bagi aku, best gak la.. kena tunggu 2nd part keluar.. sapa yang ikut chronology harry potter ni memng akan cakap cerita ni best.. sapa yang baru nak start tengok memamg akan cakap boring...jadi,peminat2 herry potter mesti rasa sama macam aku.. xsabar nak tengok 2nd part untuk tau ending dia mcmna...


kalo korang nak tau cerita dia mcmna? korang tengok la sendiri...
p/s:tengok wayang, jangan buat wayang!





part ni paling kelakar..

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya..

wargh... hari hari raya korban.. ramai yang balik kampung sambut dengan family.. aku dengan budak2 rumah melepak kat rumah sewa jer.. malam tadi kerja, balikfdah pkul 4 pagi.. sangat mengantuk.. mata pun xlarat nak buka nak g  solat raya.. hahahahahaha.. kepada rakan2 se islam.. selamat hari raya aidil adha..

Thursday, November 11, 2010

salam adikku,
 jujur aku sygkan kamu..
 aku rindukan kamu adikku..
 ape yang aku cakapkan bukan maksud yang sepeti kamu fahami..
 xpe la.. 
aku mngaku aku banyak buat salah..
 aku tau itu yang kamu mahukan..
 aku terima seadanya qada & qadar Ilahi..
 semoga kau berjaya mngejar cita2..
 semoga kau bahagia dengan apa yang kau mahukan..
amin..
maafkan abangmu..
 salam..

malasnya.........

setelah hampir 1 bulan aku tak kerja malam, malam ni kau kena kerja.. badan lemah pulak dengar ken kerja nih.. hahahhahaa..

ade kisah pelik terjadi hari ni.. pagi tadi masa nak balik lepas buat kerja, patner aku drive & terlanggar seekor burung wak wak @ burung ayam- ayam... kesian tengok burung tu patah kaki, aku terus sembelih burung tu.. kebetulan dalam perjalanan balik tu ade kedai proses ayam.. terus aku minta wak yang jaga kedai ayam tu buang bulu burung tu.. lepas  buang bulu, aku bawa balik burung tu.. sampai je rumah, aku terus basuh n buang isi perut burung tu.. organ dalaman burung tu panas lagi masa aku keluarkan.. loya terus tekak aku.. ish2.. xpernah aku bersih kan binatang panas macamtu..dah tu, sekarang aku pun xde selera nak makan burung tu.. aku biarkan je la burung tu dalam peti ais.. kalo ade selera  aku masak la nanati.. kalo x,aku sedekah je la kat kawan2 yang makan.. ya tuhan ku, rahmati la rezeki ku....


nazar aku dah buat.. kalo lulus semua subject yang aku amik sem nih, aku nak cukur kepala aku.. skin head jap.. hahhahahaa.. cik marah aku dah tapi ape nak buat cik.. dah berjanji.. kena tunai kan.. sangat mengharap org lulus dengan cemerlang cik.. amin.... lagipun llki botak kan macho.. kemas jer.. xperlu minyak rambut.. xde masalah rambut.. hahahahha..

Wednesday, November 10, 2010

baik ke jahat??? which side am i? hmmm.. dalam sedar atau tak, aku rasa aku banyak wat jahat.. kebaikan? kebaikan dah terlindung dek sebab banyak wat kejahatan..jadi, baik ke jahat aku nih? solat aku jaga, zakat aku bayar, sedekah kalo lebih aku hulur, aku hormat org yang hormat aku, aku tawakal bila dah usaha.. yang jahatnya? aku luka kan hati & perasaan org.. aku buat org marah, aku wat org sedih, aku buat org sakit hati, aku buat org benci.. jadi dimana kah aku dimata kamu???

dimanakah kamu dimata org lain? aku terfikir.. kadang2 kita leka dengan kejahatan yang kita buat..dan kita akan terus hanyut da hanyut.. bila kita nak kembali kepada kebaikan, dugaanya sgt hebat.. tu la ujian dari ILAHI pada kita untuk mnguji tahap keimanan kita.. jika

ujian ditempuhi dgn sabar dan redha, maka sangat berbahgia la kita disisiNYA .. tapi kalau tidak?? maka semakin hanyut la kita.. selisih malaikat.. semoga aku, kamu  & kita semua dikalangan yangberiman.. inagt kan teman- teman kita agar mereka tidak terus hanyut ... amin...

Tuesday, November 9, 2010

burp...

hari ni sehari selepas final exam.. syukur.. aku dah wat yang termampu.. sangat berharap aku lulus.. dah nazar nak cukur rambut kalo semua lulus.. minta2 di makbulkan.. niat tatkala hari raya qorban nih.. amin.. hahahah..
pagi ni bermula la juga episode mencari bocor  semula.. alhamdulillah ade berbelas gak leak yang aku amik.. tapi tak tau la betul leak ke tak.. rezeki di tangan Tuhan.. sekarang baru sangat terasa semua kerja yang aku buat kena tawakal.. dulu aku sendiri yang rancang kerja.. sekarang semua bergantung pada nasib.. kalo hari ni nasib baik & Tuhan murahkan rezeki, banyak la bocor yang aku jumpa.. kalo sebaliknya, kurang la.. minggu lepas dah 1minggu aku cuti semata2 untuk study & exam.. minggu ni aku dah kena bertungkus lumus cover balik kerja aku.. semoga rezeki johan dimurahkan & dipermudahkan segala urusan.. amin...




weekend ni rancangnya nak g picnic+ camping.. wow.. sgt seronok.. hahahahahha.. dah lama sgt rasanya tak bercuti.. tak sabar rasanya.. cuti2 malaysia.. hahahahahah.. nak mandi laut.. tapi laut kat situ blh mandi ke cik? sekali banyak ampai2.. mau MC seminggu.. hahahaahahha

Saturday, November 6, 2010

pening..

salam.. kepala pening pulak.. xcukup tido.. tapi nak ke x terpaksa paksa diri gi study juga.. kalo tak susah la sikit aku nak jawab soalan static& dinamic sok..
 perut dah berbunyi2 pulak.. nak makan dulu rasanya.. beli nasi kosong kedai mamak.. lauh dalam peti sejuk panaskan sudah.. ape yang boleh dimakn, mkn je la.. jangan membazir.. sian tengok org negera lain kebuluiran tak makan.. kita pulak lauk yang ade buang2 jer.. makanan dlm pinggan  pun tak habis .. sedih tol..
kepala dak makin pening,, ade baiknya aku g cari benda makan..

Friday, November 5, 2010

keinsafan @ kesedaran?

hari ni,
 terdetik dalam hati aku.. 
terasa betapa kecilnya aku, betapa lemahnya aku..
 'tuhan tidak akan mengubah sesuatu umat sehingga umat itu sendiri yang berusaha mengubah dirinya sendiri..
 lepas solat ,
 aku terasa betapa banyak dosa & salah aku dah wat sebelum ni.. 
rupanya selama ni aku banyak buat jahat dari baik.. 
ya TUHANku,
jadikan aku diantara khalifah dibumi ini,
jadikan aku dikalangan para sahabat yang bersama berjuang dijalan mu ..

Kehebatan bila lelaki memohon maaf.. sedar la wanita.. sehebat2 lelaki ialah lelaki yang merendahkan egonya & memohon maaf atas kesalahannya..



Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Sila share dengan sesiapa yang kalian suka...

Wednesday, November 3, 2010

1 dah lepas.. ade 2 lagi..

selamat juga paper culculus.. aku dan kawan2 dah cuba terbaik.. sekarang tawakal kami hanya padaMU ya ALLAH... malam ni start buk abuku geology.. sambil2 selang dengan static.. mudah- mudahan boleh jawab hendaknya.. amin.. ni melepak kat rumah.. nak tido dh asar pulak.. tak elok tido lepas magrib.. malam ni tengok la keadaan macamna.. kalo rajin aku study kat kelas.. kalo malas aku study kat rumah je la.. try cari mud study kat rumah ni..


 cakap pasal rumah, aku rasa macam nak pindah rumah.. tapi barang aku boleh tahan banyaknya juga la.. kalo la kurang banyak senang la juga aku nak pin dah rumah.. cik suruh pindah je.. tapi aku rasa kau kena fikir dulu.. takut gak kepala aku tak masuk dengan budak rumah baru.. sewa lebih kurang sama je bayar.. hmm.. ade pro & contranya juga.. ntah la.. biar la habis dul final ni baru aku fikir pasal rumah tu..


kepala berat pulak.. aku rasa baiknya aku tido sekejap.. musim final ni memang agak keras bagi aku.. stress dimana2.. emosi pun tak betul.. dah lama sangat tak amik test.. tu yang stress lain macam rasanya.. minta2 la aku mampu nak jawab paper seterusnya sehabis baik.. amin...


xde pic untuk kali ni.. aku tido dulu...

Monday, November 1, 2010

waaaaaaaaaaaaaaaaa

mata dah sangat mengantuk.. nasib baik cik hantar balik rmh.. kunci moto kat rumahrupanya.. tertinggal..hahahahha study la cik.. org dah tak larat.. g nite kawan2..

me n me

semalam, hari ni & besok.. tu je masa yang tinggal untuk aku study culculus.. pastu aku dah boleh lupakan culculus & start study geology.. lepas je paper geology, terus aku nak study static & dinamic.. hahahahahaha.. ni bukan angan2.. ni kehendak yg wajib aku wat.. berjuang sampai minit terakhir.. pastu berserah pada yang maha esa.. tawakal pada maha pencipta.. ya Tuhan ku, permudah kan lah apa yang susah bagi johan ya ALLAH...

malam ni special sikit.. teman baik aku dtg jemput kat rmh.. pastu dia hantar balik opis ..aku  tinggalkan moto kat opis.. mlm ni insyALLAH sampai pkul 2pagi kau nak study.. hahahahahaha.. minta2 la larat mata ni.. malam semalam acek call.. adik ex aku.. teringat pulak kat ma.. mak angkat aku merangkap mak mertua tak jadi.. aku dah xde ape2 perasaan kat wana g.. tapi aku sayang ma aku tu.. lama sanat dah aku tak jumpa dia.. dia kat sini pun kau tak pergi jumpa.. memang teruk aku nih.. ma, john minta maaf ma..

i love u mum..
cakap pasal ma, aku teringat pasal mak aku.. mak banyak terasa hati dengan kami adik beradik.. hari tu time makan 1 family, mak macam muram sikit.. dia ade mngadu kat along cakap sunyi.. sian mak.. aku kalo boleh nak bawa mak tinggal dengan aku.. tapi mak tak nak.. dia nak duduk kat kampung tu.. kawan2 ramai dia cakap.. tapi bila duduk rumah dia sunyi.. yela, dulu semua duduk kat rumah tu.. aku je yang duduk kat asrama.. jadi ramai yang ade kat rumah.. gaduh-gaduh pun bising gak rumah tu.. ni along dah duduk rumah sendiri.. angah pun dah duduk rumah sendiri.. aku tak payah kira la.. dari sekolah sampai sekarang memang aku xde kat rumah & kampung.. sampai orang kampung pun tak kenal kat aku.. acik pun baru 6  bulan praktikal kat kajang.. tinggal adik dengan mak je la.. lepas praktikal acik duduk la dengan mak semula.. sabar la mak.. anak2 mak dah besar dah semua.. semua dah ade hidup sendiri.. kami tak kan lupakan mak.. jangan riso.. anak2 mu ni semua dididik dengan sempurna.. isyALLAH kami akan jaga mak sama2 macam mak jaga kami.. ayah xsempat tengaok kami besar.. mak jela tempat kami tumpang kasih sayang.. maafkan kami mak..

dah magrib..nak solat dulu.. teman baik kau pun dah nak sampai dah. jap g nak g kelas terus.. study sampai cerah... by da way, gud luck my friends.. all da best 4 da final..ya salam..


Thursday, October 28, 2010

johan...

waaaaaaaaaaaaaaaa..penatnya.. xtau badan rasa apa nih.. nak tido tapi mata tak mau pejam.. aku punya adsens xjadi rupanya.. bengong tol aku.. bahasa malaysia tak boleh rupanya.. dah kau org malaysia, aku guna la bahasa ibunda aku.. kalo aku pakia eng. almat sorg org malaysia pun tak nak tengok blog aku.. sebab xfaham aku tulis ape. hahahahah.. semua benda aku wat baru2 ni semua tak menjadi.. malam tadi kerja pun xmenjadi.. nasib la partner aku rajin malam tadi.. aku dah malas habis.. bangang punya contractor.. site supervisor pon hawau.. kerja sejam boleh siap dah jadi 8jam.. kalo aku la, aku dah call off.. kena org syabas pun hampeh.. ckp confirm air mati, tengok tak mati.. pastu bagi alasan valve passing.. valve baru lak tu.. ingat aku budak2 ke nak kencing.. sengal..

mlm tadi punya pasal, dah rugi 1 mlm masa aku study.. sok kena balik kampung lak.. hadui.. sungguh suntuk masa yang aku ada.. tol org tua2 cakap..masa itu emas.. sangat2 berharga.. tapi aku sampai sekarang nak study pun xboleh masuk.. astarfirullah..... banyak dah mas aku buang.. ya tuhan ku, tolong la hambamu ini..

baru lepas solat jumaat.. tenag sikit hati..pastu dah xtau nak wat ape.. nak study kepala pening plak.. kerja dah makin susah..bukan kerja yang susah tapi cara nak melaksanakan kerja yg susah.. dah memang tabiat org kita.. kerja xnak buat betul2.. malas je banyak.. bila gaji kena potong atau kurang, melenting.. macam la jujur sangat time wat kerja tu.. udah2 la..(pesan diri sendiri juga)

bulan ni aku sakit sikit.. lagi sekali...(bln lepas sekali) banya benda nak wat bulan ni.. banyak yang habis,, last2 aku kena korek duit ASB gak.. tu je la duit simpana yang aku ada.. inat nak tunggu huju8ng tahun baru nak jorek.. tapi nampak gay aemang tak sempat la.. nak kena korek gak..minta2 hujung tahun ni dapat la bonus.. murah rezeki.. dapat la aku cover balik ape yang aku korek ni..amin............

teman baik aku bgtau ade kerja kosong kat tempat dia.. aku exited la.. tapi kena isi form guna tangan n my hand writing worst! so dengan tanpa segan silu aku minta dia yang isikan.. hahahahahaha.. bulan depan ade gaji lebih sy blanje awk mkn steambot ya cik.. bulan ni kering sikit.. hahahahaha.. minta2 la dapat kerja kat sana.. GOV beb... TA plak tu... huhuhu.. lepas dapat, senag sikit aku nak wat loan.. boleh la aku start semula project business aku .. amin... ya Tuhan ku, murahkan la rezeki johan... amin.........

masa untuk cari feel utk tido..petang ni aku sambung study sampai malam..aku tekad.. moga2 xkena kerja malam ni.. sok ade program cari bocor ramai2 lak.. lepas kerja aku terus cabut blik rmh.. g cari tiket nalik melaka.. sampai melaka aku call along aku soh amik kat jasin n hantar rumah mak... malas nak bawa kereta..hahahaha lama dah tak naik bus.. minta2 tak jadi apa2 yang buruk..amin....

johan...

waaaaaaaaaaaaaaaa..penatnya.. xtau badan rasa apa nih.. nak tido tapi mata tak mau pejam.. aku punya adsens xjadi rupanya.. bengong tol aku.. bahasa malaysia tak boleh rupanya.. dah kau org malaysia, aku guna la bahasa ibunda aku.. kalo aku pakia eng. almat sorg org malaysia pun tak nak tengok blog aku.. sebab xfaham aku tulis ape. hahahahah.. semua benda aku wat baru2 ni semua tak menjadi.. malam tadi kerja pun xmenjadi.. nasib la partner aku rajin malam tadi.. aku dah malas habis.. bangang punya contractor.. site supervisor pon hawau.. kerja sejam boleh siap dah jadi 8jam.. kalo aku la, aku dah call off.. kena org syabas pun hampeh.. ckp confirm air mati, tengok tak mati.. pastu bagi alasan valve passing.. valve baru lak tu.. ingat aku budak2 ke nak kencing.. sengal..

mlm tadi punya pasal, dah rugi 1 mlm masa aku study.. sok kena balik kampung lak.. hadui.. sungguh suntuk masa yang aku ada.. tol org tua2 cakap..masa itu emas.. sangat2 berharga.. tapi aku sampai sekarang nak study pun xboleh masuk.. astarfirullah..... banyak dah mas aku buang.. ya tuhan ku, tolong la hambamu ini..

baru lepas solat jumaat.. tenag sikit hati..pastu dah xtau nak wat ape.. nak study kepala pening plak.. kerja dah makin susah..bukan kerja yang susah tapi cara nak melaksanakan kerja yg susah.. dah memang tabiat org kita.. kerja xnak buat betul2.. malas je banyak.. bila gaji kena potong atau kurang, melenting.. macam la jujur sangat time wat kerja tu.. udah2 la..(pesan diri sendiri juga)

bulan ni aku sakit sikit.. lagi sekali...(bln lepas sekali) banya benda nak wat bulan ni.. banyak yang habis,, last2 aku kena korek duit ASB gak.. tu je la duit simpana yang aku ada.. inat nak tunggu huju8ng tahun baru nak jorek.. tapi nampak gay aemang tak sempat la.. nak kena korek gak..minta2 hujung tahun ni dapat la bonus.. murah rezeki.. dapat la aku cover balik ape yang aku korek ni..amin............

teman baik aku bgtau ade kerja kosong kat tempat dia.. aku exited la.. tapi kena isi form guna tangan n my hand writing worst! so dengan tanpa segan silu aku minta dia yang isikan.. hahahahahaha.. bulan depan ade gaji lebih sy blanje awk mkn steambot ya cik.. bulan ni kering sikit.. hahahahaha.. minta2 la dapat kerja kat sana.. GOV beb... TA plak tu... huhuhu.. lepas dapat, senag sikit aku nak wat loan.. boleh la aku start semula project business aku .. amin... ya Tuhan ku, murahkan la rezeki johan... amin.........

masa untuk cari feel utk tido..petang ni aku sambung study sampai malam..aku tekad.. moga2 xkena kerja malam ni.. sok ade program cari bocor ramai2 lak.. lepas kerja aku terus cabut blik rmh.. g cari tiket nalik melaka.. sampai melaka aku call along aku soh amik kat jasin n hantar rumah mak... malas nak bawa kereta..hahahaha lama dah tak naik bus.. minta2 tak jadi apa2 yang buruk..amin....

tolong ingatkan aku..

kalau aku sehina itu dimata mu,
 lupakanlah aku...
kalau aku seteruk itu dimata mu,
 tinggalkanlah aku..
kalau aku sezalim itu dimata mu,
 ampunilah aku..
kalau aku sebodoh itu dimata mu,
 buanglah aku..


aku tau aku xpernah layak untuk ada disamping org semulia mu..
 aku bukan dicipta untuk dipandang mulia disisi mu..
 kerana itu aku selalu pandang hina dan dicaci kerana cuba mendapatkan mu..
 aku sedar dari mula lagi & kerana itu aku redha keatas kehendak ILAHI..
 aku yakin akan janji-NYA..
 setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya...
 qada & qadar TUHAN... 

tolong ingatkan aku siapa diriku agar aku tak cuba mencapai bintang dilangit dgn kaki terikat dibumi..

Wednesday, October 27, 2010

broken heart


Salam.. hari ni aku sedih sangat.. aku tak pernah rasa dibenci mcmni.. aku tak tau dah nak share dgn sapa.. kalo la aku boleh undur masa, sumpah aku tak mngenalinya.. ni la kali terakhir aku berkawan dgn org luar.. cukup la lepas ni org yang dekat dgn aku je jadi kawan aku... biar org yang ade depan mata aku je yg jadi kawan aku.. aku sgt2 xsuka bila baik, puji2.. ckp sayang..tapibila marah,benci, bagi tohmahan yg buruk2.. siap bagitau 1 dunia lagi! kalo betul aku salah, xpe la..aku terima hukuman tu.. tapi kalo aku betul, fitnah tu amat berat.. ingat la janji tuhan tu amat benar.. marah aku, maki aku aku boleh terima.. tapi malu kan aku dengan fitnah macamtu & sebarkan 1 dunia?!?  xde ayat yang aku boleh luahkan apa perasaan aku..

aku dah pesan dari awal pengenalan lagi.. JANGAN JATUH CINTA DENGAN SAYA! bila aku minta cinta,  cinta aku ditolak.. bila aku dah tak boleh menerima aku dicaci.. aku paksa diri aku terima & menyangi.. bila aku dah syg xkisah la sebagai ape, aku dituduh menipu.. kalo aku x syg, aku xkan susahkan diri aku .. bayar bil HP tinggi2.. buang masa melayan.. aku ada hidup aku juga.. aku nak rehat juga tapi sbb syg aku layankan juga.. sampai tak cukup tido pun tak pe janji apa yg dikehendaki dipenuhi..  xfikir ke? apa aku dapat BILA buat semua tu? Berbaloi ke kalo sekadar untuk menipu? dapat duit? dapat apa? 

dah la.. aku rasa blog aku ni penuh dgn masalah cinta.. aku rasa org yang baca blog ni pun dah menyampah nak baca hal masalah ni.. aku dah penat.. cukup la.. aku minta maaf sangat2.. aku minta ampun sgt2.. aku minta halal kan semua yg dihabiskan sebb aku..  aku akan penuhi apa yg dipinta.. tolong la jgn wat aku mcmni lagi.. aku pun manusia biasa.. aku xlari dari melakukan kesalahan.. 

aku harap, lepas apa dah dibuat, hati tu puas dah.. sekarang makin banyak masalah aku kena hadap sebab apa yang ditulis.. maafkan aku atas apa aku dah wat & tindakan aku.. aku doakan kebahagian & kesejahteraan.. semoga ALLAH mengampuni dosa kita.. amin...


Masyarakat pada zaman dahulu  mengenalseseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

Bagian Badan
Firasat
bibir atas kanan
banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri
ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan
disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri
pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan
cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri
cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah
tercapai cita-cita
biji mata kanan
suka serong dan pembohong
biji mata kiri
pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan
baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri
baik budi, murah rezeki
punggung kanan
agak mengalami kesulitan
punggung kiri
malas dan suka duduk
betis kanan
suka berhibur, boros
betis kiri
rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan
bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutt kiri
kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan
terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri
sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang
jujur, sabar dan tekun
kening kanan
cerdas dan cekap
kening kiri
cerdas, sopan santun
tengah kening
keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan
kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri
suka berpoya-poya
ketiak kanan
dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri
jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan
suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri
kehendak kuat
batang hidung
banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung
banyak rezeki
dagu bawah kanan
jujur dan baik hati
dagu bawah kiri
bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri
baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki)
bakal beristeri 2
tumit kanan
jujur dan banyak kawan
tumit kiri
baik budi
alis kanan
suka menolong, baik hati
alis kiri
ramai yang suka
pangkal peha kanan
kemahuan kuat
pangkal peha kiri
suka kerja apa pun
telapak kaki kanan
tak mudah mengeluh
jari kaki kanan
suka menolong
jari kaki kiri
berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan
cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri
suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan
baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri
ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan
setia dan taat pada atasan
lengan kiri
menepati janji dan rajin
pipi kanan
ramai teman
tengah-tengah pipi kanan
ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri
ramai teman
ubun-ubun
kurang jujur
pusat
cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan
sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri
beroleh kemliaan
pinggang kanan
sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri
disayang pasangan hidup
dada kanan
dapat mengatasi masalah
dada kiri
berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan
tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri
baik budi pekertinya
siku tangan kanan
kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri
baik hati, suka menolong
jari tangan kanan
serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri
serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan
banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri
banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan
banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri
baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam
disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam
tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar
baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri
murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan
serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas
baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas
baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah
agak malas
kelopak mata kiri bawah
agak bodoh, kurang bijaksana