Tuesday, March 29, 2011

kenapa ya?

kenapa ya?
dulu baik tapi sekarang dah jadi penipu..
dulu boleh memahami sekarang dah suka syok sendiri..
dulu boleh tolak ansur sekarang pentingkan diri..
dulu rajin sekarang  semangat nak buat pun tak de..
dulu tak suka susahkan orang tapi sekarang suke paksa org tolong..
dulu ramai suka sekarang kawan pun menyampah..
dulu semua sayang sekarang nak dekat pun tak kuasa..
dulu ramai kawan sekarang sorang pun takde dah..
dulu nyanyi sama-sama sekarang nyanyi dalam hati jer..
dulu makan ada teman sekarang semut jela yang ade..
dulu hari-hari ketawa sekarang senyum pun kelat jer..
dulu macamtu sekarang tak tau lagi..



Friday, March 4, 2011

lama dah aku xtulis kat blog nih.. nk baca org punya pun dah malas.. hhahahaahah.. macam2 jadi tahun 2011 ni.. aku ade terasa perubahan yang berlaku dalam diri aku & apa yang aku paling takut ialah aku tak boleh kawal diri aku.. aku tak bleh kawal perasaan aku.. aku tak pernahrasa macamni.. ni la pertama kali selama aku hidup.. ASTARFIRULLAHAL'AZIM... apa dah jadi dengan aku nih..

kerja aku rasa semakin lama semakin membeban kan aku.. aku mula rasa kerja ni xsesuai untuk aku. aku rasa terkongkong sgt .. semua kerja aku kena bergantung pada tech lain.. kalo diorg tak nak wat kerja aku pun sangkut juga.. nak jer aku maki2 tapi atas dasar rasa hormat kepada org yang kebih tua, aku sabar juga..  bos2 lak ntah apa2.. semua ade protokol even nak balas email pun aku kena tanya eng dlu nak tulis apa.. tol2 terasa macam kerja dalam penjara. kepala aku ni menjerit2 aku rasa minta keluarkan idea.. ya ALLAH, tolongla hamba mu yang hina ini... mungkin ni dugaan bagi aku. . aku kena belajar kawal wmosi dan cara aku berfikir.. hmmm

harap semua akan okey.. tghari tadi aku dgar si ila tu cakap yang haji roslan ade cerita & complaint pasal aku kat driver .. ntah ape dia cerita aku pun xtau.. aku tnya si ila tu dia ckp xtau mcmna nak cerita lak.. aku tnya si driver tu dia xnk bagitau lak.. lagi la hati aku keras jer nak kerja bawah diorang.. ya ALLAH ... kuatkan lah keimanan aku.. jangan la aku dikawal oleh perasaan marah .. hmmmm..

aku tak menyesal masuk kerja kat sini. aku tau semua yang jadi ade hikmahnya.. cuma cara kita melihat jer yang membezakan satu kejadian itu hikmah atau musibah.. banyak dugaan kita didunia ni, maknanya makin kuat la kaimanan kita pada Yg Maha ESA.. semoga kita dikalangan yang selamat dari api neraka..

dah la.. masa untuk aku balik kg.. start kereta, jalan.....


Thursday, December 23, 2010

"_!

kadang-kadang, kita nak orang ikut cakap kita,
kadang- kadang kita nak orang faham kita,
kadang-kadang kita nak orang bagi perhatian pada kita,
kadang-kadang kita nak orang sayang kita,
kadang-kadang kita nak orang suka kita,

tapi..

layakkah kita untuk semua tu?


Saturday, December 18, 2010

hmm..

lama dah aku tak tulis dalam ni.. banyak benda dah jadi sepanjang awal tahun baru hijrah sampai sekarang.. macam ada benda yang bergolak lak dalam hidup aku sekarang.. semua tak balance.. semua aku wat akan jadi berat sebelah..

mula-mula sekali syukur aku dah selamat bertunang.. gadis yang aku harap akan saling memenuhi semua kekosongan, yang membetulkan semua kesalahan.. aku harap sangat semua akan bejalan lancar dan kami akan mendirikan rumah tangga bersama.. amin...ade juga insiden yang mengkelam kabutkan semasa hari bertunag tu.. tapi syukur semua selesai & berjalan dengan baik.. tahun depan aku kena kerja keras sikit untuk kumpul duit sebanyak mungkin untuk melangsungkan majlis perkahwinan aku.. harap TUHAN permudahkan segala urusan aku.. amin...


sekarang benda yang paling mnyerabutkan aku  ialah study aku.. dengan perasaan hampanya aku bersama 34 org teman sekelas yang lain telah dihadiahkan dengan taraf D1 @ dismiss 1 yang membawa makna pengajian kami telah ditamatkan & sebarang rayuan tidakakan dilayan.. tapi kami dengan rasa hina nya merayu untuk menyambung pengajian dengan harapan dapat la.. jumpa orang ni, call orang tu tapi jawapan semua dapat lain.. aku pun macam dah malas nak sambung dah.. tapi sebab fikir masa depan aku tetapkan juga hati ni nak sambung tak kira la apa course pun..  harap dengan bantuan kawan-kawan yang lain dapat la kita sambung lagi study sama-sama.. tq cik awak banyak sangat membantu kami semua..bila emosi tak berapa nak betul, mental tak boleh berfikir dengan waras.. semu abenda boleh jadi sensetif.. jangan ada silaturahim yang terputus dah la.. semoga persahabatan yang kita semua jalin ni akan kekal walaupun kita bukan sekelas & sefalkuti lagi..


tanggal 3 januari 2011, akan bermula la hidup aku dengan tempat kerja yang baru.. jawatan baru, style pakaian baru, cara kerja baru, kawan-kawan baru, meja baru, PC baru dan semua baru.. aku pun tak tau apa patut aku rasa.. susuah hati pun ada, happy pun ada,...  susah hati sebab nak kena start cari kawan baru semula.. start kena belajar wat benda-benda baru semula & susah hati sebab takut tak dapat sesuaikan diri kat tempat baru dengan suasana yang baru.. UPM, ready or not here i come.. cik, nampak gayanya saya akan selalu mnyusahkan awak .. minta maaf cik ebelum bermula kisah menyusahkan hidup awak.. jadi tahun depan akan bermula la kisah seorang juruteknik ke TA.. dengan harapan aku dapat buat kerja sehebat @ lebih hebat dari  orang yang sebelum-sebelumnya.. amin...

mata dah berat.. sambung tido semula.. hari ni jer aku dah wat 2orang sedih.. hmmm.. aku xmaksud pun sebegitu... maafkan aku...



Sunday, December 5, 2010

interview,kerja baru & konflik baru...

salam.. lama dah aku tak merepek dlm ni.. dengan penuh rasa bersyukur, pada 30 nov lepas aku dah dapat kerja yang aku idam kan sejak sekian lama.. akhirnya Tuhan murahkan rezeki aku  & aku dapat kerja baru.. kerja KERAJAAN...jadi, start 1jan 2011, aku akan memegang jawatan TA di UPM..syukur... terlepas juga aku dari kerja yang aku rasa salah selama ini.. lepas ni xde lagi OT tipu, senang banyak & sebagainya.. lepas ni harapnya aku dapat rezeki yang lebih berkat.. aku dah rasa gaji besar tapi kejap je habis.. lepas ni aku harap gaji aku lebih berkat untuk aku.. biar sikit janji keberkatan tu banyak.. pakai banyak tapi tak habis- habis.. kan bagus macamtu.. amin...

ade cerita pelik untuk interview kerja kali ni.. aku datang dengan pakaian yang agak selekeh.. aku akui.. hehehehe.. bangun pagi-pagi tu baru aku gosok baju.. memang kelam kabut.. mula-mula ingat nak pakai lengan panjang tapi sebab rasa tak selesa,aku pakai baju lengan pendek.. sebebnarnya baju tu agak sendat dengan aku.. jadi leher xboleh butang.. pakai pulak tei kale biru cair.jadi tei tu tergantung sikit.. seluar coklat lusuh & kasut hitam pvc yang dah koyak pun.. tali pinggang pun xmuat .. (tali pinggag tu panjang bukan aku yang gemuk.. sampai aku terpaksa potong pangkal tali pinggang tu untuk bagi muat nak letak lubang dia..) dalam keadaan kalut dengan handle pintu kereta  patah, aku gerak pergi upm..(handle pintu kereta bahagian pemandu patah. member rumah pinjam malam sebelumnya tu.ntah macamna guna boleh patah pulak.. jahanam kereta aku.. dah dengan bau rokok .. tobat la aku nak bagi pinjam lagi..)

sampai kat sana aku terus jumpa cik, dan dia tunjuk tempat interview.. nasib cik ade.. kalo tak memang lewat la aku sampai.. sampai-sampai je kat sana dah ade dua orang yang dah sampai.. aku tengok list nama yang ade,10 orang yang diinterview termasuk aku.. berdebar gak la.. sedang tahan mngantuk tunggu interview start, ade la sorang mamat ni yang nak interview gak datang bersama mak dia yang juga staff upm.. terus aku cakap dalam hati 'hampeh, bawa cable besar punya.. xde harapan la aku ni..'  dah la datang lambat tapi dia orang 1st yang diinterview.. aku dah tak mengharap apa-apa dah..hangin gak 1badan..

masa interview aku sembang je apa yang terlintas dlam kepala aku.. ntah apa aku merepek pun aku tak tau.. rasanya kalo orang dengar masti ingat aku ni gila.. apa diorang tanya aku jawab.. paling best time dia tanya kenapa aku nak sangat kerja ni.. aku pun sembang la,' saya belajar disekolah kerajaan, dapat biasiswa kerajaan, belajar di IPT kerajaan.. jadi dengan bekerja di sektor kerajaan saya dapat berkhidmat untuk kerajaan.. walaupun kerja di sektor swasta gaji nya lebih, tapi saya nak berkhidmat untuk bangsa & negara saya..'  best tak ayat aku? sangat bersemangat patriotik.. soalan last sekali dia tanya apa kata-kata terakhir awak untuk kuatkan kelayakan awak.. denagn blur aku jawab ' saya datang sini kerana ALLAH, saya bekerja kerana ALLAH.. jadi terserah la pada encik-encik semua nak tentukan saya layak atau tidak untuk kerja ni.. macam cik cakap tadi, ramai calon yang hebat-hebat, saya yakin dapat atau tidak tu terserah pada ALLAH.. sehebat mana pun saya, kalau ALLAH dah tentukan bukan rezeki saya, tak dapat juga la.. jadi saya berserah jela.. rezekikan ditangan ALLAH..' semua diam.. aku pun terfikir betul ke apa aku cakap ni? hehehehe.. pastu aku keluar..

selang dua jam lepas interview, orang UPM call.. terkejut beruk aku dia cakap aku dapat kerja ni.. memang sangat bersyukur la aku.. tapi tetiba dia cakap jawatan sambilan ya.. kat kepala aku terfikir dah betapa rapuhnya jawatan sambilan ni.. terus aku jadi tak tenteram.. aku call semua orang yang aku kenal yang kerja di sektor kerajaan.. ade yang cakap pergi la ade yang cakap fikir masak-masak.. cik pun cakap fikir masak-masak dulu.. aku goyang gak la.. tapi lepas aku minta pendapat family, aku terima jawatan tu..

dan ade satu lagi sebab aku terima terus kerja tu tanpa fikir lagi.. masa tengah kerja cari bocor kat taman seri andalas, aku terjumpa bilal kat sana.. rumah dia no 46.. nama dia aku tak ingat dah.. aku tanya dia kerja kerajaan ke.. dia cakap ya.. aku pun terus tanya macam seorang anak bertanya pada ayah dia.. (aku anak yatim. kalo aku ada ayah lagi, aku akakn tanya ayah aku dulu..) dia dengan semangatnya galakkan aku pergi.. dia cakap jangan lemah semangat nak, jalan terus.. terima je.. rezeki ko tu nak.. jangan lemah semangat.. dia macam boleh baca apa yang aku fikir.. dia cerita pasal anak-anak dia la, cerita pasal kerja dia la.. aku pun dengarkan je la.. dah lama tak dengar orang berpangkat ayah bagi nasihat.. last sekali amik berkat salam dia cium tangan .. mana la tau satu hari nanti aku pun dapat jadi bilal mcm bilal bin rabah dan pakcik tu.. amin..

lepas jumpa pakcik tu aku pun terus call UPM bagitau aku kena hantar notis 1bulan dan akan masuk kerja tahun depan.. dah confirm semua tu, hti aku sikit tenang.. tapi 1masalah besar timbul pulak..

aku nak duduk mana nanti? kalo duduk shah dekat sejam gak la.. tol RM3.90.. kena cari rumah area dekat dengan tempat kerja gak la.. kelas bukan hari-hari ada.. kena cari jalan macamna nak angkut barang-barang aku yang belambak nih.. pening tol.. dah la rumah pun tak de lagi.. minggu depan dah sangat sibuk.. tak tau la bila aku ada masa nak cari rumah sewa lain pulak.. hahahahahaha..

nak pindah rumah ni rasa berat pula.. kesian kat kawan rumah ni.. kalo aku pindah susah kot diorang.. peti sejuk, periuk nasi, dapur & tong gas, blander semua aku punya.. banyak gak la benda yang diorang kena beli nanti.. nasib korang la.. pandai-pandai la korang nak hidup.. makan je la kat luar kalo malas nak masak.. aku dah xde nak masak untuk korang.. hahahahahha

dah banyak aku merepek ni. dah macam esei lak.. jadi sekarang, aku tinggal nak cari rumah, nak kemas barang untuk pindah, dan pindah rumah.. yang kecil-kecil macam nak cari kemeja , slack & kasut untuk kerja nanti aku fikir la macamana nak selesaikan.. dengan keadaan kewangan yang terhad ni, aku kena pandai urus duit.. minta-minta aku tak seak macam sekarang kat tempat baru nanti.. minta-minta aku xde buat orang sakit hati & benci aku.. semoga semua orang kat tempat baru nanti suka berkawan dengan aku.. amin......


dah la.. panjang sangat dah.. tido jom.. sok malam dah tahun baru.. selamat tahun baru semua.. (kelender islam gi tengok nuh..awal muharam selasa ni..) mari kita sama-sama baca doa tahun baru dan semoga tahun hadapan akan jado tahun yang lebih baik dari tahun ini.. amin... ni ada doa yang kita boleh baca.. baca la sama-sama sempena awal tahun ni ya. semoga kita dapat rahmat dari-NYA..amin..salam semua...







doa awal tahun

Monday, November 22, 2010

wife vs girlfriend


Wife lebih baik dari Girlfriend

Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP)
At home watch TV, go out bring HP.
No money, sell TV. Got money change HP.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated
TV is big, bulky and most of the time old, but handphone is cute, slim,
curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding,
Most Important, TV got remote.. HP don't have..

Last but not least....... .
TV do not have virus, but h/p yes.........
 .have VIRUS....... ........
 once get it, terus KONG.......
. hahahahaha. .....
so better choose TV .....